Latar Belakang Syarikat dan Organisasi

Tentang

Ringkasan Eksekutif

Bay Watch ELV System Sdn Bhd (Bay Watch) merupakan syarikat Bumiputera yang berdaftar pada Mei 1998. Syarikat bergiat aktif dalam perniagaan sejak dua-puluh (20) tahun dan berkembang dengan pesat dari beberapa pekerja kini mempunyai lebih dari 12 orang pekerja. Bay Watch berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Perkembangan ICT industri yang berkembang pesat sejak tahun 90an mendorong kesungguhan kerajaan Malaysian untuk membangunkan infastruktur dan sistem perkhidmatan negara dengan teknologi terkini, Bay Watch mengambil langkah awal yang pro-aktif dengan memilih industri ICT ini sebagai teras perniagaan utama syarikat.

Skop perlaksanaan dan perniagaan syarikat adalah seperti berikut;

    1. Pembekalan peralatan seperti komputer, server, pencetak, pengimbas, UPS, switch/router dll.
    2. Pembangunan Perisian & Aplikasi.
    3. Pembekalan & Pembangunan Konten & Multimedia.
    4. Rekabentuk & Perlaksanaan Sistem Rangkaian (termasuk tanpa wayar).
    5. Peralatan Audio Visual, Studio, Makmal, Sistem Persidangan dan Multimedia.
    6. Pembangunan Sistem Automasi Bangunan, Keselamatan & Amaran.
    7. Kerja-kerja Perundingan & Latihan.
    8. Kerja-kerja Penyelenggaraan & Sokongan Selepas Jualan.
    9. Perkhidmatan Sewaan.

Pihak syarikat juga menawarkan khidmat rundingan dan khidmat pengurusan projek yang mana dengan pengalaman dan pengetahuan pasukan kami yang meluas membolehkan kami menawarkan perkhidmatan ’outsourcing’ jika diperlukan.

Secara am Bay Watch telah melibatkan diri dalam perniagaan ICT berbagai skala dari perlaksanaan projek yang kecil sehingga menjangkau nilai belasan juta. Bay Watch mempunyai modal berbayar sebanyak RM 2,500,000.00 dan kemudahan kewangan dari bank dan pembekal hampir RM 5,000,000.00 Dengan keadaan kewangan yang kukuh, kami berpeluang untuk terus berkembang dan membantu anda dalam menjayakan kerja-kerja perlaksanaan sesuatu projek.

Selama dua puluh (20) tahun syarikat berkecimpung dalam industri ICT, syarikat dan kakitangan mencapai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ICT. Kakitangan kami akan membantu dengan pengalaman dan kepercayaan penuh yang diberikan oleh kami.

Hubungan baik dan kerjasama kami dengan pembekal antarabangsa ialah seperti Acer, HP, Cisco, Canon, Dell, IBM, 3COM, Microsoft, Adobe, Panasonic, Fujitsu, SONY, dll dapat menjamin kualiti dan mutu barangan yang dibekalkan dan kejayaan perlaksanaan sesuatu projek, lebih-lebih lagi dengan sokongan selepas jualan, jaminan yang dijanjikan oleh pihak pembekal.

Kami yakin dengan reputasi baik syarikat dalam perlaksanaan projek-projek yang lepas, keadaan kewangan yang kukuh serta kakitangan syarikat yang berpengalaman, kami dapat memberikan khidmat terbaik kami untuk pihak kerajaan ataupun swasta dalam melaksanakan projek-projek di masa depan.

Secara umumnya, BAY WATCH telah mengaplikasikan kepimpinan dalam pembekalan “State of the art technology”, dan mengimaginasikan sejurus pandangan langkah ke arah masa depan.

Kejayaan kami sangat mempengaruhi dari kekukuhan dan kematangan dalam pentadbiran syarikat serta penjimatan kos dalam organisasi. Cara ini sangat berkesan dengan membenarkan kami mengharungi semua rintangan bagi perlaksanaan sesuatu projek.

Syarikat kami membekal Pakar Perunding, Penyelidikan dan Pembangunan dalam linkungan bidang Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat, dimana membenarkan syarikat kami menduduki carta didalam era teknologi terkini disamping itu, kami dapat memindahkan kepakaran ke segmen Penjagaan atau Sekuriti. Inilah yang menyebabkan syarikat kami menjadi penyelesai teknologi dan sering mendahului pesaing-pesaing dalam bidang yang sama. Oleh kerana cabaran tersebut ianya telah memaksa industri menghala kepada arah “global standard” yang terkini.

Stuktur Organisasi Syarikat